+603-89263103   Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tentang Kami

Peneraju Baja Berteknologi Tinggi

Bersama-sama, kami menanam nilai integriti, membaja inovasi, dan menuai kejayaan melalui kepakaran dalam sains serta teknologi pertanian.

Diasaskan pada 1998 sebagai perniagaan baja kecil oleh Dr. Syed Omar dan Dato’ Syed Osman, Diversatech berkembang pesat selepas memodenkan operasi dan memenangi tender kerajaan. Kejayaan ini menarik minat pelabur, dan pada tahun 2016, FELCRA Berhad telah mengambil alih 55% saham syarikat. Usaha sama ini telah mengukuhkan kedudukan Diversatech Malaysia sebagai peneraju dalam industri baja di peringkat nasional dan seranta

Misi Kami

Menyediakan produk baja yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan hasil pertanian negara, membekalkan petani dengan teknologi baja terbaik bagi meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian, serta memperkenalkan amalan pertanian yang lestari & mesra alam.

Visi Kami

Menjadi pakar serantau dalam penghasilan baja dengan menggabungkan teknologi inovatif daripada penyelidikan & pembangunan berterusan di samping memastikan kemampanan sumber asli & alam sekitar.

Nilai Teras Kami

Kami berpegang pada prinsip kualiti, inovasi, dan kelestarian dalam setiap langkah bagi memastikan pertumbuhan pertanian yang mampan dan berimpak positif.

Kualiti Baja Unggul

Kami komited menghasilkan baja tanaman berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian antarabangsa, bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang sihat dan hasil yang optimum.

Produktiviti & Kecekapan

Kami sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dalam penghasilan serta penggunaan baja melalui teknologi moden dan amalan terbaik industri.

Inovatif & Berdaya Saing

Budaya inovasi menjadi teras kami dalam mencipta penyelesaian baja baharu yang lebih efektif, menjadikan kami kekal relevan dan kompetitif di pasaran global.

Kelestarian Alam Sekitar

Kami menitikberatkan keseimbangan antara pembangunan pertanian dan penjagaan alam sekitar melalui penggunaan bahan mesra alam dan amalan mampan.

Tadbir Urus Telus & Adil

Kami mengamalkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan dalam setiap urusan syarikat untuk mengekalkan kepercayaan pelanggan dan rakan niaga.

Integriti & Kemampanan

Kami berpegang teguh kepada nilai integriti dalam setiap tindakan, sambil membangunkan organisasi yang mampan dan memberi impak positif kepada industri serta masyarakat.

Pasukan Yang Menyuburkan Inovasi

Bersama-sama, kami menanam nilai integriti, membaja inovasi, dan menuai kejayaan melalui kepakaran dalam sains serta teknologi pertanian.

Pengerusi Syarikat – (Kosong)

Pengarah Syarikat – Dato Syed Osman Bin Syed Rastan
Pengarah Syarikat – Tuan Syed Muhamad Amir Bin Syed Omar
Pengarah Syarikat – Encik Khalidin Alang
Pengarah Syarikat – (Kosong)
Pengarah Syarikat – (Kosong)

Pengarah Urusan – Ts Mohd Ridzuan Bin Mohd Nor
Pengurus Besar Kewangan & Pentadbiran – Hj Najmi Yani Bin Ahmad @ Ahmad Tajuddin
Caretaker Pengurus Besar Perkilangan – Ahmad Khuzir Bin Abdul Wahab
Pengurus Kanan Agronomi & Pemasaran – Juzaili Hasbul Wafi Bin Mohamed
Ketua Jabatan Kejuruteraan – Mohd. Sopian Bin Mohd. Nor
Pengurus Kanan Logistik, Perolehan & Kawalan Kualiti – Khairulnizam Bin Po’at