Acara
Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Pegawai-Pegawai Pertanian & Perladangan FELCRA Berhad 2025
Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Idris bin Lasim, telah menghadiri Majlis Makan Malam sempena persidangan ini yang dianjurkan oleh Diversatech (M) Sdn Bhd, bertempat di Glenmarie Hotel & Resorts. Majlis ini berlangsung dengan penuh meriah dan menghimpunkan seramai 95 jemputan, terdiri daripada Pengarah Kumpulan, Pengarah Negeri, Timbalan Pengarah Kumpulan Perladangan, Pengurus Kanan, Penolong Pengarah Negeri Perladangan, Pengurus Pertanian dan Pengurus Perladangan.1